BAB 27
“MACAMANA? Apa doktor cakap?” tanya Kasih sebaik
saja Amar keluar dan menuju ke arahnya.
Amar cuma
menggeleng kepala. Kasih memberi reaksi terkejut dan terus menenangkannya.
“Sabar Amar, tuhan
sentiasa bersama orang yang sabar..”
“Kakak saya kritikal,
nak melawat kakak saya kejap kat wad.”
Kasih mengangguk
dan kemudian mengikut Amar.
Sampai di wad 605,
Amar memandang Kasih, “Saya masuk dulu ya..”
Kasih faham dan
menunggu di luar.
Tombol pintu
dipusing, Amar masuk ke dalam wad kakaknya dengan berdebar-debar. Hanya bunyi
mesin oksigen saja yang memenuhi ruang. Amar melangkah dan menyelak langsir
lalu duduk di kerusi sebelah katil.
“Kakak cepat sedar
ya...” Amar memandang kakaknya yang masih belum bangun.
Kemudiannya Amar
memegang erat tangan kakaknya. Tangan yang selalu membelai rambutnya kala dia
masih kecil dan tangan sama juga yang menahan apabila ayah memukulnya. Sungguh!
Jasa-jasa kakaknya yang terlantar di depannya itu tidak sesekali mampu diganti
dengan wang ringgit. Dia sangat-sangat sayangkan kakaknya itu.
“Kenapa tuhan
hukum kakak macam ni? Kakak orang baik-baik... akak sedarlah cepat kak... Amar
nak tengok senyuman kakak dan tawa kakak... Akak nak tahu, hari ni Amar nak
kenalkan seseorang dengan kakak tapi tak sempat, kalau kakak nampak dia mesti
kakak suka. Kakak kan selalu tanya bila Amar nak ada kawan kan.. bangunlah kak...”
sambil bercakap, sambil itu mengalir air mata Amar, memang itu tujuannya
berjumpa kakaknya kerana mereka telah berjanji untuk berjumpa di apartment
kakaknya itu untuk makan malam.
Lama Amar di sana.
Sementara itu, Adam dan Bazli datang ke tempat Kasih.
“Amar masih di
dalam?” tanya Adam pada Kasih. Kasih mengangguk.
Kemudiannya Adam
dan Bazli duduk di sebelah Kasih.
“Apa doktor cakap
Adam?” Bazli pula bertanya Adam.
“Buah pinggang
isteri aku rosak teruk akibat tikaman tu dan memerlukan penderma yang sesuai..
buah pinggang yang sekarang tu mungkin bertahan 3 ke 4 bulan...” Adam
memberitahu dalam nada perlahan tetapi mampu didengari dan Bazli.
Kasih nyata
terkejut, rupanya itu yang dimaksudkan Amar tadi.
“Sabar ya Adam.
Aku percaya, selagi tuhan tu takdirkan kita masih bernyawa, selagi itulah kita
masih hidup. Doktor bukan tuhan, kau kena yakin yang isteri kau tu selamat...”
Bazli memberi perangsang.
Adam mengangguk.
Kemudiannya dia rasa telefon bimbitnya bergetar. Baru dia perasaan ada 20
panggilan masuk yang dia tidak jawab dan semuanya daripada Dahlia. Mahu tidak
mahu Adam ke satu tempat dan menghubungi kembali Dahlia yang belum tahu apa
yang telah berlaku.
“Assalamualaikum
Dahlia.”
“Waalaikumsalam,
abang.. abang ke mana? Puas Dahlia call, ingatkan ada apa-apa berlaku, dah nak
jam 12 malam dah ni..” Dahlia nyata kedengaran sangat risau.
“Dahlia tenang ya
dengan apa yang abang nak beritahu ni..” Adam terlebih dahulu menyuruh
isterinya tenang.
“Ya, ada apa ni?
Abang dekat mana? Abang dengan Wani kan?” tanya Dahlia bertalu-talu.
“Dahlia, Wani kena
tikam peragut tadi masa abang hantar kek batik tu, dia sekarang dekat HKL
ni...” Adam memberitahu dengan nada yang perlahan tapi jelas.
“Astagafirullahalazim...
Wani kena tikam? Macamana keadaan dia sekarang bang? Dahlia nak ke sanalah
tengok dia..” Dahlia cemas!
“Tak payahlah
datang, abang ada dengan adik Wani ni. Wani dah keluar ICU dan ditempatkan di
wad. Dahlia tenang ya. Nanti bila abang balik abang ceritakan semua ya.
Assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam..”
Dahlia menjawab salam itu perlahan.
Klak!
Pintu wad dibuka
Amar. Amar keluar dan duduk di sebelah Kasih. Kemudiannya Adam terus menuju ke
pintu untuk masuk.
“Siapa benarkan
abang masuk?!” marah Amar tiba-tiba.
“Amar, abang nak
tengok keadaan dia.. please..” Adam cuba mereda keadaan.
“Kalau bukan pasal
abang! Kakak saya takkan terlantar macam tu! Abang memang tak malu kan! Abang
masih berani nak tunjuk muka dekat sini!” marah Amar bertalu-talu.
Amar hanya
bercakap di tempat duduknya dengan nada menyindir. Adam mengambil langkah tenang
dan kemudian memegang bahu Amar perlahan.
“Amar, abang tahu
abang salah. Abang tahu abang ni jahat dan tak bertanggungjawab. Tapi
percayalah, semua orang nakkan kakak kamu tu selamat. Marah takkan membawa kamu
ke mana-mana...”
“Abang!” Amar
berdiri dan terus memeluk Adam!
“Amar sabarlah ya.
Kita doakan agar semuanya kembali tenang... abang sayang kakak kamu tu,
bukannya abang tak sayang dia.. dalam keadaan macam ni kita kena banyakkan berdoa
supaya kakak kamu tabah...” Adam cuba mengambil langkah diplomasi dan
menenangkan Amar yang berada dalam pelukannya.
“Amar takut...
Amar takut kalau kakak... Amar takut... Amar tak nak ke.. kehilangan kakak...”
Amar tersengguk menahan kesedihannya.
“Amar,
percayalah.. tuhan timpakan sesuatu pada kita bersebab. Tuhan menguji kita
bersebab dan kerana tuhan sayangkan hambanyalah dia berikan dugaan untuk lihat sejauhmana
hambanya itu boleh bertahan... kamu sabar, kita serahkan semuanya pada tuhan...
Abang percaya, kakak kamu tu orangnya kuat, dia takkan putus asa, kita kena
berdoa untuk dia...”
Amar kemudian
melepaskan pelukan dan duduk di sebelah Kasih.
“Abang masuk dulu
ya..” Adam memegang bahu Amar sekali lagi.
Sungguh! Amar
sangat takut, Amar takut jika dia kehilangan kakaknya. Dia sudah dididik oleh
kakaknya itu untuk tidak berdendam dengan sesiapa. Apabila teringat kata-kata
kakaknya itu, hatinya kembali lembut pada Adam.
“Kasih, maaf ya..
saya teruk tadi..” Amar menekup tangannya di muka.
“Amar, Kasih faham
perasaan kamu.. kamu sabar ya.. kita doa sama-sama supaya kakak kamu cepat
sembuh...”
Kemudian Kasih
pegang tangan Amar untuk beri dia semangat. Bazli tersentak melihat adegan
tersebut. Entah! Ada sesuatu yang bergolak dalam hatinya.
“Terima kasih ya
Kasih... kamu ada ketika Amar perlukan seseorang..” Amar berterima kasih.
“Kamu juga ada
ketika arwah abang Sufian meninggal. Saya takkan lupa...” Kasih mengingatkan.
Sementara itu di
dalam, Adam memandang Wani. Melihat Wani terlantar kaku begitu hatinya sebak.
Tak pernah dia berkehendak mahu melihat Wani begitu. Selalunya dia lihat Wani
yang ceria, tabah dan aktif. Adam senyum bila melihat Wani... sebenarnya sudah
lama dia rasakan sesuatu pada Wani, cuma hati dan keadaan yang memaksa dia
untuk tegar melawan.
“Abang harap kita
akan bahagia lepas ni walau apapun berlaku. Maafkan abang Wani.. abang tak
pernah nampak kamu... sampai jadi macam ni baru abang sedar yang kamu isteri
abang yang sah.. Maafkan abang sebab abaikan kamu..”
Adam tak tahu mahu
berkata apa-apa lagi. Dia cuma mampu lihat Wani, dia harap Wani cepat sembuh
dan sihat seperti sediakala. Setengah jam kemudian dia keluar dari ruangan itu.
Kemudiannya Kasih masuk dan diikuti Bazli.
“Abang balik dulu
ya Amar. Esok abang datang lagi.” Adam meminta diri.
Amar hanya
mengangguk.
“Amar nak tunggu
dekat sini ke?” tanya Kasih.
“Haah, Amar nak
tunggu sampai kakak Amar sedar. Kamu ada flight
kan esok pagi? Kalau macam tu Amar hantar kamu balik dululah, then Amar balik
hospital,” cadang Amar.
“Kalau tak
menyusahkan, saya ajelah hantarkan Kasih. Nanti kamu berulang-alik payah.
Lagipun saya satu jalan je dengan Kasih.” Bazli menyampuk.
“Kasih okey ke?”
tanya Amar.
“Takpelah, saya
naik cab aje,” jawab Kasih.
“Takpelah, kita
kan satu jalan je. Saya ikhlas ni.” Bazli masih belum berputus asa.
Untuk tidak mahu
menimbulkan konflik, Kasih terpaksa menurut. Amar pandang Kasih dan Bazli
keluar dari ruangan tersebut. Ada juga terdetik sesuatu kerana melihat mereka
agak janggal seolah-olah ada sesuatu, tetapi perasaan itu tidak dipedulikan,
dia lebih risaukan keadaan kakaknya di dalam.
Keluar saja dari
HKL, Kasih terus masuk ke dalam teksi yang kebetulan memang berada di situ.
“Kasih!” panggil
Bazli tetapi teksi itu sudah berlalu pergi.
Bazli geleng
kepala dan kemudian masuk ke dalam keretanya lalu memandu pulang seorang
diri....
bersambung....
4 comments:
Aiyo Bazli, hari tu kata nak manfaatkan peluang kedua dengan Juwita. Kenapa duk ada hati dengan Kasih pulak ni? Haiisshhhh...
Nasib baik Kasih tak layan. Hahahahah
Salam abah Syah Shah,
Thanks singgah komen tulisan Alang. ekekeke..
Okies, Bazli tu cuma nak membantu. Katanya ikhlas. Kasih pun ada sebab kenapa dia tak nak naik kereta tu. Cuba ingat balik, siapa yang ada rasa tu? ekeke.. lalalala
Thanks abah Syah Shah. ^__^
Aku ingat Kasih pernah ada rasa. Tapi Bazli pun semacam ada rasa jugak. Kalau tak, tak adalah dia sentap-sentap tengok Kasih dengan Amar tu. Hahahahahah
*tak puas hati dengan Bazli* kakakakakak :P
Terbaek, Kasehhh! abaikan si Bazli tuh! hak3...
Post a Comment