BAB 25
HARI demi hari
hubungan antara Adam dan Wani hanya kekal sebagai rakan sekerja. Sungguhpun
Wani sudah cuba berkali-kali untuk mengambil hati Adam, masih tiada perubahan
yang menunjukkan Adam rela dengan perkahwinan mereka. Wani sendiri tak tahu samada
perkahwinan itu perlu diteruskan ataupun tidak. Sekarang, hubungan Dahlia dan
Adam juga semakin membaik, malah Dahlia pula sedang mengandungkan anak Adam.
Ada juga masa-masanya Wani seakan cemburu melihat keadaan Dahlia yang diliputi
bahagia. Namun, dia hanya mampu berbisik dalam hati untuk bersabar. Tapi sampai
bila, dia sendiri tidak tahu.
Sambil menaip
laporan pembentangan, Adam memandang gambar Aiman dan isterinya Dahlia.
Mengingatkan kandungan Dahlia yang sudah menjangkau 5 bulan, hati Adam teruja
sangat. Sungguh! Siapa yang tidak gembira apabila bakal menimang anak kandung
sendiri. Adam senyum dan terus meneruskan kerja-kerjanya sebelum terlihat Wani
melintas di hadapan pejabatnya. Sekejap dia jeda memikirkan mestikah hubungan
mereka itu diteruskan lagi sedangkan Adam tidak punya apa-apa rasa cinta pada
Wani. Hanya yang ada rasa sayangkan seorang sahabat, itu sahaja. Tanpa berfikir
panjang, Adam ambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu kepada Wani.
-Salam. Petang
nanti kalau Wani free, kita jumpa dekat tasik biasa ya, ada hal nak bincang –
Adam
-Bolehlah kot.
Jumpa petang nanti – Wani.
Usai membaca
pesanan ringkas (sms) daripada Wani, sepanjang petang itu Adam berfikir-fikir.
Betul ke langkah yang dia ambil ni, tidakkah dia akan menyakitkan hati Wani,
dan mungkin juga menyakitkan hati Dahlia. Tapi, lagi sakit dan berdosanya dia
sebab tak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Mungkin dulu dia terlalu
mengikut perasaan, kini Adam mampu berfikir dengan waras.
Petang itu, tepat
jam 5. Mereka berdua bergerak ke satu tasik. Wani tahu ada benda serius yang
mahu dibincangkan Adam, melihat pada suaminya itu, ada sesuatu yang
merunsingkan ingin diberitahunya pada Wani. Ada juga Wani rasakan sedikit takut
dengan topik yang bakal bualkan, tapi dia redha andainya Adam memutuskan
begitu.
“Tak nak minum
apa-apa?” tanya Adam ingin menenangkan suasana.
“Tak, tadi dalam
kereta dah minum. Ada apa bawa saya dekat sini? Nak joging? Saya tak bawa baju
lain, high heel ni je yang ada.” Wani juga cuba menenang suasana ketika itu
dengan jenaka yang tak kelakar.
“Wani pasti tahu
sebab apa kita jumpa ni. Wani, Adam minta maaf pada Wani kalau selama ni abang
tak pernah tunaikan tanggungjawab abang pada Wani..” Adam memandangnya serius.
Wani diam sejenak,
kemudian dia pegang tangan Adam.
“Wani faham. Tak
apa,” perlahan suara Wani membalas kata-kata Adam.
“Mungkin sudah
sampai masanya untuk kita berpisah Wani.” Adam tiba-tiba menyuarakan hasrat
yang selama ini terbuku di hati.
Air mata Wani
tumpah. Kemudian dia pandang Adam.
“Wani tahu selama
ni Adam tak pernah cinta atau sayangkan Wani. Tapi Adam kena ingat, kita
berkahwin ni ada sebabnya. Ini semua ketentuan tuhan. Iya, betul kita kahwin
secara tiba-tiba untuk menyelamatkan rumahtangga Adam. Tapi Adam pernah fikir
tak, kenapa kita berkahwin?”
“Adam minta maaf.
Mungkin Adam yang terlalu memaksa sebab mahu menurut kehendak Dahlia dan
menyelamatkan keluarga Adam. Adam minta maaf Wani.. Adam tak boleh lihat Wani
terluka dan terseksa dengan perkahwinan kita ni. Wani, kita ni sahabat, kita
berdua ni hanya ditakdirkan untuk bersahabat sahaja.”
“Tapi Adam tahu
kan perasaan Wani pada Adam macamana? Perasaan Wani tu lebih dari seorang
sahabat dan Adam pun ada rasa macam Wani rasa kan?” tanya Wani serius.
Adam pandang Wani,
selama hampir 3 bulan mereka bergelar suami isteri, ya memang Adam selalu
cemburu apabila ada klien atau staf yang cuba mendekati Wani. Adam sendiri tak
tahu kenapa dia perlu cemburu, malah sampai satu kali tu Adam bagi warning pada
Wani supaya tidak melayan lelaki ketika mesyuarat. Adam sendiri tak tahu,
adakah itu kerana mereka suami isteri ataupun kerana dia ingin melindungi Wani.
“Wani, Adam minta
maaf. Adam dah fikir masak-masak. Kita berpisah sajalah ya. Adam tak mahu
biarkan Wani macam ni lagi. Adam juga tak mahu Wani terluka.. Adam minta maaf.”
Kemudiannya Adam
berlalu daripada situ meninggalkan Wani sendiri. Kaki Wani seakan lemah longlai
dengan keputusan Adam. Wani faham, rasa cintanya ini pada Adam yang kecewa,
bukan dirinya. Andai kata rasa cinta ini boleh dihapuskan, Wani rela. Dia tak
mahu rasa yang sudah berputik ini masih membelenggu dirinya. Wani pandang
sekeliling. Wani cuba menangis tapi air matanya tiada. Wani segera masuk ke
dalam kereta dan cuba berfikiran positif. Dia bukannya seorang yang mudah mengaku
kalah. Andai ada peluang, dia masih inginkan menyelamatkan rumahtangganya yang
bagai telur di hujung tanduk itu.
**********************
Esoknya Wani ke
pejabat bersama seorang lelaki kacak. Sempat Adam pandang-pandang bila Wani
mesra semacam saja dengan lelaki tersebut. Kemudiannya dia sempat pandang,
lelaki itu mencium tangan Wani dan kemudiannya beredar. Mendidih juga rasanya
Adam menonton sketsa tersebut. Segera dia masuk ke dalam pejabat Wani selepas
lelaki itu beredar.
“Siapa lelaki
tadi? Boyfriend ya? Kita ni masih suami isteri tau tak!” marah Adam membabi
buta, Wani senyum melihat reaksi Adam.
“Kalau ya kenapa?
Dan, apa hak awak nak cemburu bertempat ni, bukan semalam awak minta nak
berpisah dengan saya?” sengaja Wani memanaskan lagi keadaan.
“Err.. saya keluar
dululah.. banyak kerja nak siapkan ni.” Adam malu sendiri dan terus keluar dari
ruangan Wani.
‘Itu baru sikit
tu, tunggulah...’ gumam Wani sendiri senyum memerhatikan betapa marahnya Adam,
padahal lelaki kacak tadi itu adalah adik lelakinya.
Adam kembali ke
ruangannya, mood nya turun naik entah kenapa sebaik melihat lelaki tadi. Suka
suki betul pegang tangan isterinya sampai semua staff pun tumpang tengok
kemesraan mereka berdua. Sepanjang hari itu apa yang Adam buat semuanya tak
betul, last-last dia pilih untuk tidak buat apa-apa.
Petang itu,
sebelum balik Wani sempat menghubungi Dahlia.
“Assalamualaikum
Kak Dahlia, apa khabar? Sihat?” tanya Wani mesra.
“Waalaikumsalam,
akak sihat je, Wani apa khabar? Sibuk ke dekat office tu?” tanya Dahlia pula.
“Office okey je.
Kak, Wani teringin pula nak makan kek batik yang akak selalu buat tu. Akak
boleh tak buatkan untuk Wani.”
“Insya ALLAH
boleh. Malam nanti akak suruh abang Adam hantarkan ke rumah.”
“Okey kak, thanks
ya. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam...”
Wani menjawab salam tersebut dengan sebuah senyuman yang sangat gembira.
Malam itu, Adam
rasa berat hati mahu menghantar kek batik buatan Dahlia kepada Wani. Kalau
bukan sebab Dahlia memaksa, dia pun tak mahu datang ke sana. Setelah dipaksa
berkali-kali tadi barulah dia setuju mahu menghantarnya. Adam pandu keretanya
dan terus ke apartment Wani.
“Lepas..
lepaskan..!!”
Adam ternampak
seorang wanita diragut di depan, wanita itu tidak mahu melepaskan begnya. Adam
tak berapa cam sebab keadaan agak gelap. Adam keluar dari keretanya.
“Hoi! Lepaskan
dia!!!” teriak Adam kuat.
Teriakan Adam
mengejutkan peragut tersebut. Akibatnya, peragut itu mengeluarkan pisau dan
menikam perut wanita tersebut lalu menolaknya ke bahu jalan.
“Hoii!!” sekali
lagi Adam berteriak marah dan segera berlari mendapatkan wanita tersebut.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Wani yang terbaring di sana.
"Abang Adam...." panggil Wani memandang Adam, suaranya lemah..
"Abang Adam...." panggil Wani memandang Adam, suaranya lemah..
"Bertahan Wani... abang ada kat sini, bertahan..!"Adam pandang Wani yang semakin lemah.
Tiba-tiba Wani tak sedarkan diri!
“Astagafirullahalazim..
Wani! Bangun Wani, bangun!” Adam segera mengangkat Wani, bajunya berlumuran
darah, Adam masukkan dalam keretanya dan terus pandu ke hospital.
“Ya Allah.. kau
selamatkanlah dia..” Adam berdoa dalam hati, dia sangat-sangat risau melihat
keadaan Wani, darah seolah tidak henti-henti mengalir.
Sebaik saja sampai
ke hospital, segera Adam mengangkat Wani dan membawanya masuk ke dalam
hospital.
“Nurse, tolong
nurse, isteri saya nurse... tolong..” Adam benar-benar panik.
Segera nurse
membawa troli dan Wani dibawa masuk ke dalam wad kecemasan.
“Encik sila isi
borang ni dan tunggu dekat luar ya,” seorang nurse cuba menghalang Adam yang
cuba masuk ke dalam wad operasi.
Adam isi apa yang
patut dan berikan borang tersebut pada nurse itu kembali. Apabila melihat
keadaan Wani tadi, hati Adam tiba-tiba sebak. Baru dia perasaan yang pagi tadi
Wani tak bawa kereta ke pejabat, jadi Wani naik teksi untuk balik, dan Adam
tebak mesti Wani siapkan kerja-kerja di pejabat dan balik lambat.. Adam mati
akal bila memikirkan Wani cedera teruk akibat ditikam tadi. Rasa bersalahnya
menggunung! Patutnya dia melindungi Wani, biasanya Wani akan meminta dia untuk
menghantarnya ke rumah apabila balik lewat... Adam rasa bersalah sangat.
Mungkin Wani tidak mahu meminta pertolongannya sebab hal semalam barangkali.
“Ya ALLAH, engkau
ringankanlah beban isteriku.. engkau ampunilah dosaku yang khilaf... engkau
selamatkanlah dia...” doa Adam dalam hati penuh harapan.
Saat itu baru Adam
sedar, tidak salah untuk dia menerima Wani, kalau tidak sebagai isteri yang dia
cintai, paling tidakpun Wani ada pelindung. Kejadian yang berlaku di hadapannya
sebentar tadi sangat menyayat hati.... Adam tak mampu membendung rasa bersalah
yang amat sangat. Adam tak tahu bagaimana dia mahu memaafkan dirinya sekiranya
berlaku apa-apa pada Wani...
bersambung...
5 comments:
Hailaa Adam... Dah jadi macam ni baru nak sedar... HArap-harap tak terlambat lagi... Hoho~
Moga-moga begitulah. Ermmm.. erm.. erm..
Erm,hep de peluang kedua utk adam...best
teruskan.....
at last... kau sedar jugak yer Adam.. baguslah... tapi.. we'll see apa penerimaan Wani nanti... hik3.. ~tak sabar menunggu~
Post a Comment