ALHAMDULILLAH. Tak sangka BUNGA TERAKHIR ni jadi novel. Sebenarnya dalam perancangan 2 tahun ni menguruskan penerbitan manuskrip GILA! AKU SUKA DIA? dan juga manuskrip SURAT UNTUK LANGIT yang makan masa jugalah. Tapi rezeki dari ALLAH swt. Manuskrip yang simpan dalam blog ni, hantar terus diterbitkan dalam tahun yang sama. Moh check harga sat =D
HARGA :
Semenanjung : RM 24.00
Sabah/ Sarawak : RM 27.00
BLURB SINOPSIS BUNGA TERAKHIR
Dua
kisah.
Dua
sahabat.
Dua
rumahtangga.
Dua dugaan.
Bazli yang menduda di usia muda dipertemukan dengan cinta keduanya Juwita
manakala Adam Lee seorang mualaf berkahwin dengan Dahlia cinta hatinya namun ia
bukan mudah bila kebencian keluarga menjadi penghalang.
“Berilah abang hak untuk bahagia macam orang lain, abang nak rasa sempurna
macam orang lain.” - Bazli
“Tapi umi,
hinakah seorang mualaf macam Adam ni umi? Salah Adam ke kami tak ada anak
sendiri?” - Adam Lee
Namun, kebahagiaan yang mereka cari merupakan satu titik permulaan kepada
sebuah dugaan. Adakah Bazli benar-benar mendapat sebuah cinta sejati?
“Ya. Juwita tidak mahu jadi anak derhaka bang. Sebab abang, hati Juwita ni
sakit, Juwita terpaksa hadapi semuanya dalam pura-pura!”- Juwita
Adam Lee yang selama ini bertahan dengan kebencian keluarganya sendiri dan
ibu mertuanya cuba mempertahankan rumahtangganya bersama Dahlia tapi sampai
bila?
‘Maafkan Dahlia bang, bukan pinta
Dahlia sebegini, tapi lebih baik abang tak tahu apa yang berlaku. Cukuplah apa
yang abang hadapi selama ni,’ - Dahlia
Di sebalik kisah rumahtangga dua
sahabat, ada wanita yang menyimpan hati dalam diam. Kasih yang mencari-cari
erti sebuah cinta sebenar muncul dalam hidup Bazli.
“Hensem juga dia ni, agak-agak bujang lagi tak. Baik pula tu, ada jodoh kot
aku atas kapal terbang ni, sekali kahwin dalam kapal kan ke best.” – Kasih
Wani, sahabat baik Adam Lee cuba memahami keadaan sahabatnya tapi akhirnya
terperangkap dalam satu insiden besar bersama Adam Lee.
‘Mungkin kau tak nampak aku lagi Adam, tapi
aku akan tunggu masanya...’ - Wani
Tapi, soal jodoh pertemuan yang
diatur Tuhan tiada siapa yang dapat menduga pengakhirannya. Percayalah, Tuhan
akan memberikan ujian semampunya yang boleh ditanggung oleh hambanya yang memunculkan
bunga kebahagiaan pada akhirnya yang diberi nama Bunga Terakhir.
p/s - PRE ORDER bersama Penerbitan BESQ telah dibuka. Diskaun RM 3 tau. Kalau beli KOMBO buku terbaru Penerbitan BESQ terbitan september iaitu BUNGA TERAKHIR & SELAMANYA DISISIKU karya Dhila Asyfa dapat FREE POSTAGE & diskaun hebat seperti dibawah. ^_^
JUGA!!!!
MEMPERSEMBAHKAN! Video promo novel BUNGA TERAKHIR ^_^ ^_^
Untuk ORDER DENGAN PENULIS akan buka selepas 3 OKTOBER ya. Terima kasih atas sokongan dan sayang semua.
FATRIM SYAH
Penulis Cinta Yang Baru Belajar Menulis Novel Cinta ^_^
2 comments:
Tahniah!Tahniah! Tahniah! (ucapan versi blog) :p
Terima kasih. Hahaha! Sempat jua ucapan versi blog.
ALHAMDULILLAH. Bersyukur ke hadrat ILAHI. Semoga semuanya dipermudahkan.
Terlampau tiba-tiba sampai tiada persiapan. Apapun syukur ^_^
Post a Comment