SINOPSIS AGENSI TOLAK JODOH
BAB
1
KARL, seorang pemuda urban merasakan sudah tiba masanya untuk membuka
AGENSI TOLAK JODOH kerana kadar penceraian yang makin hari makin
meningkat. Apabila Agensi mula menerima kes-kes tolak jodoh, Karl sedaya
upaya menyelesaikan walaupun kadang-kadang di tahap yang tidak masuk akal.
Mungkinkah Karl bencikan cinta atau menolak jodohnya apabila datang?
KARL
pandang signboard agensi yang baru dipasang dua pekerja upahan dengan teliti.
Ini adalah hari pertama Agensi Tolak Jodoh beroperasi dengan tagline 'Kami
pakar tolak jodoh anda yang terpaksa'. Walaupun tagline tak berapa nak laris
tapi motif utama Karl menubuhkan agensi itu telah tercapai. Karl ambil
tempatnya di dalam sebuah bilik khas dengan pelbagai berita keruntuhan
rumahtangga, kahwin paksa dan sebagainya yang dipaparkan dalam surat khabar ditampal
di setiap dinding dengan kemas. Malah, gambar purata penceraian di Malaysia
yang kian meningkat juga turut diletakkan sebesar-besar alam. Siap ada mesin
nombor automatik lagi yang akan berubah seiring jumlah penceraian yang berlaku
di seluruh negara hampir setiap hari.
"Perkara
paling utama tentunya kena buat promosi besar-besaran. Kalau tak, siapa tahu
agensi ni wujud." Karl bercakap sendirian lalu keluar dari bilik khas
tersebut menuju ke ruang luar yang mempunyai 3 buah sofa yang menyelesakan.
Karl
duduk dan mula mewujudkan fanpage dan juga instagtam Agensi Tolak Jodoh dengan
beberapa tagline. Karl biarkan beberapa minit. Sudahnya dapat 2k follower yang
20% daripadanya terus membuat komenter di ruang komen instagram Agensi Tolak
Jodoh.
Perkara
pertama yang Karl tulis dengan caption adalah '50 pelanggan pertama menghubungi
Agensi Tolak Jodoh mendapat 50% diskaun!' yang dilatari gambar signboard
agensi.
Dan
seperti biasa akan ada ustaz ustazah laman sosial yang muncul dengan kapsyen
mereka yang tersendiri dalam ruangan komen.
Kring!
Kring!
"Helo.
Agensi Tolak Jodoh, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Ini
Agensi Tolak Jodoh yang kat instagram kan? Saya nak mohon bantuan. Saya nak
kahwin lagi 5 jam encik, tapi ni kahwin paksa. Saya tak nak kahwin macam
ni."
"Boleh
bagi nama cik?" Tanya Karl lembut.
"Nasha."
"Nasha
Aziz ke?"
"Encik,
ini bukan waktunya bergurau. Saya tengah mohon bantuan ni." Tegas
pemanggil wanita bernama Nasha itu.
"Maaf
Cik. Tenang. Lagi 5 jam nak kahwin. Dan Cik kata ini kahwin paksa. Boleh saya
tahu paksa apa yang dimaksudkan? Kategori, jenis dan siapa yang memaksa?"
"Saya
kena perangkap dengan mamat ni. Dia syok kat saya, dia plan supaya kami
ditangkap khalwat."
"Erm.
Biasanya lepas khalwat memang kena paksa kahwin kan? Okey, saya ada cara supaya
Cik tak kahwin dengan mamat pemaksa tu. Tapi risiko ni Cik yang tanggung
sendiri. Cik berani?" tanya Karl tegas sambil membuka satu butang bajunya
bahagian atas.
"Saya
sanggup Encik. Apapun caranya saya sanggup."
"Okey,
jap. Ni dah tinggal 4 jam 30 minit. Cik nak nikah dekat mana tu?"
"Pejabat
kadilah! Ni Encik ni betul nak tolong ke apa ni?!"
"Bertenang
Cik. Saya tahu, tolak jodoh ni bukan baik. Tapi dah Cik pun nak minta bantuan
saya, saya pun kena bagi cadangan bernas."
"Bila
masanya nak bertenang lagi Encik oi? Ni masa dah singkat, straight to the point
jelah. Apa cadangan Encik? Cakap saja. Kalau menjadi, saya akan bayar double
khidmat agensi Encik."
"Okey.
Dengar baik-baik Cik Nasha. Saya cadangkan Cik Nasha mengaku dah terlanjur dengan
lelaki lain semalam. Saya jamin, mesti lelaki tu terus tolak Cik Nasha
punya."
"What?!
Dah gila?! Nonsense! Gila punya agensi!"
Baca sambungannya di WATTPAD --> https://www.wattpad.com/story/46407085-agensi-tolak-jodoh
No comments:
Post a Comment