BAB 6
KELIP KELIP
AKRAM
menemani Syura ke pusat membeli belah, dia
pandang sekeliling. Akram faham perihal orang perempuan seperti Syura, tak
sejam dua tidak sah berada di sana. Akram duduk menunggu sambil membaca BH
secara online melalui gadgetnya. Kemudiannya dia bergerak keluar kerana bosan.
Syura masih lagi sibuk mencuba beberapa kasut di dalam butik tersebut. Akram
pandang seluruh pusat membeli belah itu. Tiba-tiba dia seakan ternampak Aisha
berada di depan memandangnya dengan pandangan mata yang sangat tajam.
“Hah!” Akram berundur dan sedikit gerun. Matanya ditutup
seketika.
Bila dilihatnya lagi dia tidak nampak apa-apa pula.
Dipastikannya lagi dengan melihat ke kiri dan ke kanan.
“Sayang, ada apa ni? Sayang tengok apa?” tanya Syura
pelik melihat kelakuan Akram yang semacam terkejut melihat sesuatu.
Akram memandang Syura, “Saya nampak Aisha tadi.” Akram
berbisik.
“Sayang jangan merepek! Dia dah mati! Cepatlah balik,”
arah Syura.
Akram ditarik oleh Syura, mereka meninggalkan tempat
tersebut. Sementara itu Aisha yang berada tidak jauh daripada situ senyum
memandang Akram.
‘Tahu takut, bunuh aku tak takut,’ gumam Aisha sendirian
dalam hati.
Aisha kemudian berjalan keluar daripada situ.
Aisha senyum, “Aisha tak ke mana-mana. Ada di sini saja.”
Aisha memberitahu, tenang.
“Marilah balik. Dah siap beli baju kan? Nanti mama tunggu
pula. Awak tahulah mama saya tu, suka sangat membebel.” Darwish senyum dan
kemudian berjalan beriringan bersama Aisha menuju ke parkir. Selendang dan kaca
mata hitam dibetulkan Aisha.
Tiba-tiba saja kereta Akram lalu di depan Aisha.
Cepat-cepat Aisha menutup wajahnya memalingkan wajahnya. Nasib baik Darwish ada
di sana juga. Kereta Akram pula berhenti tiba-tiba di depan mereka. Akram turun
untuk membayar bil parkir, dia berjalan di hadapan Aisha. Minyak wangi Akram
itu masih dikenalinya. Berdebar-debar perasaan Aisha apabila berhadapan dengan
Akram, lelaki yang pernah dicintainya satu ketika dahulu itu. Aisha cuba
sebaik-baiknya untuk bertenang. Walaupun dalam hatinya ketika itu, dia mahu saja
mendedahkan dirinya dan mahu saja bertanya kenapa Akram tergamak membunuhnya!
“Maaf bro, terpotong que, isteri saya nak cepat.” Akram
meminta maaf pada Darwish yang juga ingin membayar bil parkir.
“Tak apa bro, its okey,” balas Darwish.
Akram kemudiannya masuk ke dalam keretanya selepas itu.
Aisha hanya memandang daripada jauh.
“Awak tak apa-apa?” tanya Darwish yang sangat faham
perasaan Aisha waktu itu.
“Tak apa, kita balik,” perlahan suara Aisha.
Usai membayar bil parkir segera Aisha dibawa Darwish
masuk ke dalam keretanya.
“Awak cuba jumpa Akram ke tadi?” tanya Darwish yang sudah
tahu ke mana perginya Aisha tadi.
Aisha senyum, “Tak, saya cuma mahu lihat reaksinya
selepas membunuh saya,” pendek jawapan Aisha.
Darwish geleng kepala, “Aisha. Saya tahu apa yang awak
rasa. Tapi berjumpa dengan pembunuh tu membahayakan awak juga nanti. Awak tahu
apa mereka boleh buat Aisha.” Darwish menasihati.
“Saya minta maaf Darwish. Saya geram sangat dengan dia.”
Aisha meminta maaf.
Darwish memandangnya, “Tak apa Aisha. Saya faham.
Macamana baju yang pilih tadi, okey dengan awak?” tanya Akram.
“Apa yang baik dari awak, baik untuk saya juga. Lagipula,
saya bukan nak berjalan di pentas fesyen. Setakat di rumah saja,” jawab Aisha.
“Mama tak beritahu awak apa-apa?” tanya Darwish.
“Beritahu apa?” tanya Aisha lagi seakan pelik dengan
pertanyaan itu.
“Tak apalah. Nanti mama datang mama beritahu, nanti tak
suprise pula kan.” Darwish sengaja menyembunyikan hal itu.
Aisha pula hanya memandang jauh, sebaik kereta Darwish
meninggalkan pusat beli belah tersebut, Aisha memandang sekeliling yang sesak.
Sama seperti fikirannya kini. Aisha cuba beristigfar. Sudah lama rasanya dia
tidak menenangkan diri dengan membaca ayat-ayat suci. Dia tahu apa yang
dihadapinya kini itu adalah ujian yang sangat-sangat besar pada dirinya.
Menguji dirinya sebagai seorang mualaf. Aisha sedar, sungguhpun dia amat-amat
membenci Akram ketika ini, namun dirinya takkan sesekali membenci agama yang
dianuti Akram dan dirinya itu. Walaupun mereka melayan ibu bapanya bagai anjing
kurap dan pencacai jalanan, Aisha takkan membenci agamanya sendiri. Agama itu
adalah benteng kepadanya untuk bersabar selama setahun di rumah keluarga Akram.
Agama tidak boleh dipersalahkan atas semua hal, orang dalam agama itu sendiri yang
mencorak agamanya bagaimana, semua agama menuntut untuk berbaik-baik.
*****************************
Adik Akram, Suhaila baru balik daripada luar negara
selepas menjalani kursus jangka pendek di sebuah universiti bagi memantapkan
pengurusan syarikat keluarganya. Sampai saja di rumahnya dia disambut oleh
keluarganya dengan meriah.
“Selamat Pulang Suhaila.” Ibunya, Puan Suraya yang
mula-mula sekali menyapanya selepas keluar daripada kereta.
“Hai mama, papa.” Suhaila senyum, dan memeluk serta
menyalam mereka.
“Hik!” Daniel yang berada di sisi Puan Suraya ketawa
kecil, Suhaila segera tunduk dan mencium pipi anak kecil comel tersebut.
“Ini anak abang Akram dengan Kak Syura ya mak? Comel
sangat.” Suhaila girang.
“Kalau ya pun masuklah dulu.” Ayah Suhaila, Tuan Rahim mengarah.
“Yess Boss!” Suhaila faham.
Masuk saja ke dalam, Suhaila melihat keadaan rumah itu,
masih seperti tiga bulan sudah. Cuma sudah tidak ada Aisha di dalamnya. Suhaila
sebenarnya selesa dengan Aisha, kadang-kadang dia turut bersimpati bila ibu,
ayah, abang dan adiknya melayan Aisha bagai hamba abdi di rumah itu. Suhaila
kesal Aisha hilang di laut begitu saja tanpa mayatnya diketemukan.
“Suhaila fikir apa tu? Cepatlah masuk. Rianti, bawa beg
Cik Suhaila ke biliknya.” Puan Suraya menyapa anaknya dan juga mengarah orang
gajinya.
Suhaila masuk dan duduk lega.
“Assalamualaikum,” kedengaran suara Akram memberi salam.
“Waalaikumsalam..” semua yang berada di ruang tamu itu
menyahut sambil memandang ke arah Akram dan isterinya Syura.
Itu kali pertama Suhaila memandang isteri abangnya itu.
Memang cantik, masakan tidak, jauh berbeza dengan Aisha yang comot dan selekeh
itu. Melihat baju, kasut dan beg tangannya saja berjenama mewah. Rambut, mekap,
kulitnya semua teratur rapi.
“Kenalkan Suhaila, ini kakak ipar kamu, Syura.” Akram
memperkenalkan isterinya pada adiknya.
“Hai kakak.” Suhaila menyapa.
“Hai Suhaila.” Syura juga menyapa dan sekaligus berlaga
pipi dengan Suhaila mesra.
Daniel yang berlari ke arah Suhaila diambil Suhaila dan
dipeluknya.
“Comel anak buah kakak. Mesti manja ni.” Suhaila bercakap
memandang Daniel.
“Nampaknya kita dah ada pengasuh baru Daniel..” Puan
Suraya berseloroh, seluruh ahli keluarga ketawa.
*******************************
Puan Zulaikha menunggu kepulangan Aisha dan Darwish di
apartment yang disediakan untuk Aisha. Walaupun masa untuk Aisha memberikan
jawapan ada empat hari lagi, tapi dia sengaja datang ke situ untuk melawat
Aisha. Ada perkara lain yang ingin dibincangkan mereka bersama.
Lima belas minit kemudian Aisha dan Darwish sampai ke
rumah itu bersama seorang pemandu.
“Mama, mama buat apa dekat sini?” tanya Darwish seakan
terkejut.
“Mama melawat Aisha. Takkan tak boleh. Aisha apa khabar?”
tanya Puan Zulaikha.
Aisha senyum, “Saya baik-baik saja Puan.” Aisha menjawab
dan menyalam tangan Puan Zulaikha.
“Aisha, tak perlulah formal sangat. Kan tak lama lagi
Aisha akan panggil saya mama.” Puan Zulaikha memandangnya.
Darwish terkejut, dia melihat ibunya, setahunya ibunya
cuma mahu menghantar Aisha ke luar negeri untuk belajar selok belok perniagaan
dalam bidang kecantikan. Darwish mendekati ibunya, takut-takut ibunya mahu
memasangkan dia dengan Aisha pula sedangkan Aisha itu masih lagi isteri orang.
“Mama cakap apa ni?” tanya Darwish.
“Darwish jangan salah sangka. Ini takde kaitan dengan
Darwish.’ Puan Zulaikha menjawab pertanyaan Darwish dan tahu benar apa yang
berada di kotak fikiran Darwish ketika itu.
Aisha memandang Puan Zulaikha, dia sudah bulat dengan
keputusannya. Dia tahu, keputusan ini baik untuk dirinya, sudah tiga hari dia
berfikir, sudah tiga hari dia memendam rasa akan keputusan yang dibuatnya itu. Dia
tekad!
“Puan. Saya setuju menjadi Indah,” ringkas jawapan Aisha.
Darwish tersentak, dia kenal benar nama itu, itu nama
adiknya yang masih hilang dan dalam pencarian. Dia pandang mamanya.
“Mama.”
“Ya Darwish. Aisha akan menjadi Indah adik kamu. Mama
tahu kamu pasti terkejut dengan keputusan ini. Tapi mama rasa, cukuplah selama
22 tahun ni mama mencari Indah. Biarlah Aisha menjadi Indah. Jika dia ahli
keluarga kita, lagi senang kita bekerjasama. Lagipun kita perlu bantu Aisha.”
Puan Zulaikha meyakinkan Darwish.
“Darwish faham mama. Hai Indah, selamat datang ke
keluarga Puan Zulaikha,” sapa Darwish mesra.
“Hai mama, hai abang.” Aisha menyahut walau dalam keadaan
serba tidak kena.
Puan Zulaikha memegang tangan Aisha.
“Mulai hari ni mama akan panggil kamu Indah. Indah akan
jadi sebahagian daripada mama dan Darwish. Alhamdulillah. Ini semua takdir Tuhan,
walau mama kehilangan seorang anak, tapi mama dikurniakan dua orang anak yang
baik-baik.” Puan Zulaikha tiba-tiba sebak, dia memeluk Aisha. Darwish faham
perasaan ibunya, dia pegang tangan ibunya erat.
Aisha pula mula memikirkan banyak perkara. Kini dia
menjadi Indah. Nama Aisha kini dipadamkan daripada jiwanya, dia mahu menjadi
orang baru dengan semangat baru. Dia mahu belajar banyak perkara, dia mahu maju
ke hadapan, setanding dengan Syura isteri Akram sekarang, dia mahu lebih daripada
itu. Aisha tekad.
Mulai hari itu juga, dia takkan menamakan dirinya sebagai
Aisha lagi. Nama Aisha itu sudah dileburkan, Aisha sudah lama mati, hilang di lautan
bersama buih buih perasaannya pada Akram.
bersambung...
p/s --- Terima Kasih singgah baca. Heharap gambar si Mr Arrogant aka Azlee Khairi tu tak menggangu anda. Dia pegang watak Darwish. Nanti kita share pula gambar Akram dan Aisha ya. Jemput komen jika sudi. ^__^
p/s --- Terima Kasih singgah baca. Heharap gambar si Mr Arrogant aka Azlee Khairi tu tak menggangu anda. Dia pegang watak Darwish. Nanti kita share pula gambar Akram dan Aisha ya. Jemput komen jika sudi. ^__^
3 comments:
Makin menarik....
Wah wah wah!
cerita ni menepati citarasa saya...cewahh...xsaba2 nk tunggu episod7...hehe.
Cik Myn ~~ Terima Kasih singgah komen. Terima Kasih atas komentarnya. Terharu. :)
MsAinailyn ~~ Alhamdulillah. Maaf jika ada kekurangan. Saya masih belajar menulis. ^_^
Thanks!
FATRIM SYAH
Post a Comment