BAB 2
KELIP KELIP
“CEPAT Akram, cepat naik!” Syura menarik tangan Akram secepatnya,
Akram masih terpinga-pinga memandang Syura datang tiba-tiba bersama botnya.
Akram memandang ke kiri dan kanan, “Tapi Aisha macamana?”
tanya Akram risau.
“Awak suka atau tidak anggaplah dia dah mati.” Syura
bertegas.
“Tapi bukan awak suruh saya bawa dia ke pulau tu?” tanya
Akram lagi.
Syura senyum, “Awak jangan buat-buat polos pula Akram.
Siapa yang rancang semua ni. Sudah! Jangan banyak cakap. Naik! Kita kena pergi
dari sini secepatnya! Takut ada orang nampak pula.” Syura mengarah memandang
Akram.
“Tapi aku tak naklah dia mati tragis macam ni sampai
mayat tak jumpa.” Akram bersuara lagi selepas naik.
Syura geleng kepala, “Awak sayang saya atau tak? Awak
suka atau tak awak dah terlibat Akram. Awak yang beritahu saya Aisha takutkan
laut dan tak tahu berenang. Awak pun tahu tentang rencana kita. Kalau awak buka
mulut, awak pun akan turut sama terseret dan nama baik awak juga yang akan
terjejas.” Syura mengingatkan Akram.
“Tapi aku bukan pembunuh.” Akram seakan kesal.
“Sudah! Awak jangan berdrama pula dekat sini. Awak baru saja
terlibat dalam satu pembunuhan Encik Akram Rahim. Itu kenyataannya!” Syura tegas.
Akram geleng kepala sambil melihat sekeliling. Semua
kenangan bersama Aisha pudar dan menghilang begitu sahaja.
“Jali, awak tunggu apalagi. Jalan!” arah Syura pada
pemandu bot mereka.
“Nah tuala untuk awak. Nanti pandai-pandailah awak cakap
dengan keluarga awak pasal dia. Yang saya tahu saya akan berada dalam rumah tu
sebelum hujung minggu ni bersama Daniel. Saya dah puas bersabar selama setahun Akram. Saya nak
jadi isteri yang diiktiraf, bukan macam perempuan simpanan awak! Ingat janji
kita Akram.” Syura memandang mata Akram sekali lagi.
Akram cair memandang Syura menjelingnya, dia tersenyum, “Saya
ingat sayang.” Akram menarik tangan Syura dan memeluknya, setitis bayangan Aisha
pun sudah tidak diingatnya lagi.
Bot mereka berlalu meninggalkan bot yang karam tadi terhuyung
hayang dan juga Aisha yang mungkin sudah berada di dasar laut dan takkan diingati
sesiapa selepas itu...
*************************
“Kelip-kelip ni untuk Cik June...” Akram memberikan June
botol berisi kelip-kelip di dalamnya.
June geleng kepala, “Awak jangan tangkap kelip-kelip ni.
Dilarang tahu!” marah June.
“Saya tahu Cik June akan marah saya. Sebab tu saya
tangkap kelip-kelip ni untuk Cik June. Supaya kita sama-sama lepaskan mereka.”
Akram senyum memandang June.
June herot mulut pandang Akram, “Baik tak payah tangkap
tadi, awak ni...” June meleter.
“Saya tangkap kelip-kelip ni untuk kita sama-sama tengok
keindahan yang Tuhan cipta. Walau sementara hidupnya tapi bawa kebahagiaan yang
berganda-ganda..” Akram bermadah.
June senyum lagi, dalam fikiran June, entah apa-apalah
lelaki yang satu itu merepek bagai.
“Marilah, nanti mati pula mereka.” Akram mengajak June ke
tepi sungai.
June hanya menurut.
“Nah, Cik June lepaskan mereka...” Akram memberi botol
kaca itu kepada June.
“Kenapa pula saya? Awak yang tangkap tadi kelip-kelip ni.
Awaklah yang kena lepaskan.” June mengelak.
Akram senyum angkat-angkat keningnya, “Tapi Cik June pun
bersubahat sama. Cik June pun nampak dan pegang botolnya sekarang kan? Kalau naik
mahkamah, Cik June pun akan disabitkan sama tahu.” Akram serkap jarang.
“Hish awak ni,” marah June kemudian membuka penutup botol
kaca itu perlahan-lahan.
“Cik June lepaskanlah mereka perlahan-lahan, lepas tu
beritahu pesanan Cik June pada mereka...” Akram mengarah lagi.
“Ha?!” June hairan.
“Saya dah hantar pesanan saya. Saya minta pada mereka
supaya sampaikan niat saya pada Tuhan supaya saya dapat kahwin dengan Cik
June.” Akram serius.
June tersentak, “Akram, apa awak cakap ni? Awak jangan
main-main boleh tak?” tanya June memandang Akram.
“Saya tak main-main Cik June. Saya memang nak kahwin
dengan awak.” Akram memandangnya.
June cuba berfikiran waras dan kemudian memberikan botol
kaca yang berisi kelip-kelip kepada Akram dan beredar daripada situ secepatnya.
“Cik June, awak nak ke mana? “ tanya Akram memandang June
yang sudah hilang, mahu tak mahu dia perlu melepaskan kelip-kelip dalam botol
kaca itu terlebih dahulu.
“Kelip-kelip semua.. terbanglah ke mana-mana kamu suka,
bawalah bahagia untuk semua. Kirim salam sekali untuk Cik June ya..” Akram
bergurau dan kemudian meninggalkan tempat itu.
June yang berada di balik pokok tidak jauh daripada situ
hanya senyum sendiri, kemudian dia melihat Akram beredar mencarinya..
“Cik June.. Cik June.. awak dekat mana? Tak takut rimau
ke? Cik June...” panggil Akram sambil menoleh ke kiri dan ke kanan dalam
kegelapan yang hanya diterangi oleh kelip-kelip.
June ketawa memandangnya.
***********************
Darwish mengambil teropongnya kerana kebosanan. Ibunya
mengajak dia bercuti di pulau itu untuk menghilangkan tekanan kerja sekaligus mengubat
hatinya yang kecewa akibat putus kasih. Darwish ke tepi pantai dan meneropong
sekeliling, pada saat itulah dia ternampak bot karam di depan matanya. Namun,
baru Darwish hendak membantu, dia melihat ada sebuah bot menuju ke arah tempat
itu. Niat Darwish untuk memberikan bantuan dibatalkan. Darwish teropong pada
bot itu sekali lagi, hanya ada seorang lelaki yang naik, kemudiannya bot itu
beredar. Darwish tersentak, tadi dia melihat ada seorang wanita juga dalam bot
tersebut tapi di mana dia. Segera Darwish ke tepi pantai dan menuju ke arah
sebuah bot.
“Tolong saya! Ada bot karam dekat sana. Cepat!” teriak
Darwish.
“Baik! Encik cepat naik!” arah pemandu bot tersebut.
Darwish naik dan enjin bot segera dihidupkan. Dia meneropong ke arah tempat bot karam itu dan melihat kalau-kalau dia ternampak wanita yang dilihatnya dalam bot karam
tersebut.
“Cepat pak cik! Cepat!” arah Darwish cemas.
Bot dilajukan lagi dalam kelajuan yang tinggi, Darwish
masih mencari dan mencari.
“Betul ke ada bot karam ni encik?” tanya pemandu bot itu
ingin kepastian.
“Pak cik tengok tu.” Darwish menunjuk ke arah beberapa
cebisan papan-papan bot dan selainnya.
Pemandu bot itu tersentak, dia mendekati tempat tersebut.
Darwish menoleh ke kiri dan ke kanan.
“Tadi ada bot datang sini, saya teropong dari tepi pantai tadi. Yang lelakinya selamat tapi saya tak nampak pula yang perempuan. Dalam bot tu ada lelaki dan
perempuan masa karam.” Darwish memberitahu.
“Kita usaha cari, pak cik tak boleh hidupkan enjin bot,
takut nanti perempuan tu terkena kipas enjin pula.” Pemandu bot itu
memberitahu, Darwish faham.
Namun, selepas setengah jam, perempuan yang Darwish cari
tidak mereka temui. Darwish kecewa.
“Mungkin saya salah tengok tadi agaknya. Kita baliklah pak
cik. Maaf pak cik.” Darwish meminta maaf.
Pemandu bot itu faham dan terus menghidupkan enjin.
Darwish menoleh untuk kesekian kalinya. Tiba-tiba dia ternampak cardigan
terapung-apung, dia melihat ke arah serpihan bot tadi dan juga bot yang karam. Darwish
tersentak, dia terlihat kepala seorang wanita.
“Bushh!”
Segera Darwish terjun.
“Encik!!” pemandu bot itu terkejut melihat tindakan
Darwish lalu menghentikan enjin botnya dan melihat ke arah Darwish.
Darwish sedaya upaya berenang dan mendapatkan perempuan
tersebut, dia risau sekiranya perempuan itu
lemas dan sudah kenapa-kenapa. Sampai saja di sana, Darwish terus
memanggil pemandu bot itu.
“Pak cik, cepat sini! Cepat!” arah Darwish dengan suara
lantangnya, dia memeluk perempuan itu, kepala perempuan itu dibahunya.
Segera pemandu bot itu mendekati mereka dan menghulurkan
bantuan.
“Kita naikkan dia dulu, cepat, kita kena pastikan keselamatan
dia dulu,” arah pemandu bot tersebut menarik perempuan itu naik ke atas.
Setelah perempuan itu dinaikkan, Darwish pula naik.
Darwish kemudiannya menyuakan jarinya ke hidung perempuan itu namun tidak
mengesan apa-apa. Darwish geleng kepala.
“Encik, pak cik rasa dia ni masih hidup lagi, kalau tak
mesti dah biru mukanya. Encik cuba buat CPR. Encik buka mulutnya dan kemudian
tekan dadanya berkali-kali. Cuba encik, Insya ALLAH, kita bermohon pada ALLAH
swt.” Pemandu bot separuh umur itu memberi harapan.
Darwish faham, kalimah Bismillah dibaca, kemudiannya dia
mengikut apa yang disuruh oleh pemandu bot tersebut. Namun, perempuan itu masih
juga tidak memberikan sebarang reaksi dan Darwish tidak pula mengesan apa-apa
pernafasan.
“Dari dia kita datang, kepada dialah juga kita kembali. Jika
sudah ketetapan Tuhan. Innalillahhiwainnailaihiwajiuun...” Pemandu bot itu
faham perasaan Darwish.
Darwish kesal. Kalaulah dia menghulurkan bantuan lebih
cepat tadi pasti perempuan itu selamat. Darwish duduk di tepi perempuan itu
memerhatikannya. Rasa kasihan menggunung di hatinya. Kemudiannya Darwish cuba
lagi.
“Ya ALLAH, Ya Rabb, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Andainya ada separuh umurku lagi, kau berikanlah pada perempuan di hadapanku
ini separuh umurku itu untuk dia bernafas kembali...”
Darwish cuba lagi menekan dada perempuan itu perlahan-lahan
dengan sebuah harapan.
“Uhuk!”
Darwish tersentak!
bersambung...
p/s -- Macamana sambungan SESUCI ANGIN SYURGA untuk bab ini? Rasa geram tak? Macam-macam rasa yang ada kan? Terima Kasih sudi singgah baca. Jika tak keberatan boleh turunkan komen juga. Jangan lupa mengundi saya dekat sini ---> Anugerah Novelis "NEWCOMER" 2013.
p/s -- Macamana sambungan SESUCI ANGIN SYURGA untuk bab ini? Rasa geram tak? Macam-macam rasa yang ada kan? Terima Kasih sudi singgah baca. Jika tak keberatan boleh turunkan komen juga. Jangan lupa mengundi saya dekat sini ---> Anugerah Novelis "NEWCOMER" 2013.
6 comments:
Hai semua~~
Hari ni takde komen sebab semua dah komen kaw-kaw kat FB ya? Ada yang kata AKRAM tu mental, ada yang nak tumbuk.
Bila manusia seperti AKRAM buta mata hati begitulah hasilnya.
Insya ALLAH akan perbaiki lagi cerita ini. Jika ada kekurangan, saya minta maaf.
Selamat Membaca!
FATRIM SYAH. ^_^ ^_^ ^_^
Hi Ayim,
Akak dah baca 2 bab Kelip-Kelip ni. Kalau ada Akram depan akak, akak nak flying kick dia!
Sambung cecepat ya.
Terima Kasih singgah baca kak. ^__^
Bawa bertenang kak. Walaupun..kan.. walaupun. Saya pun sama nak flying kick dia, ekekeke. Insya ALLAH akan sambung secepatnya.
FATRIM SYAH. ^_^
sumpah rasa nk rejam je si akram tu,syura pun sama...nyampah
nurul nuqman ~~ Sabar naa, sabar. Setiap apa yang dibuat pasti ada balasannya.
thanks singgah komen. ^__^
Perghhhhhhh...kejam gila babas...geramnya...Syura tu mengong...
Apa pun Darwish memang Swet gile...
Suka ayat dia
"kalaulah ada lagi sepruh nyawa dia, berikanlah pada pmpn tu.Waaaaa....
makin terujas...sambung bab 3 lak...
Post a Comment