SINOPSIS REVENGE
ARIANA mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya
sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 15 tahun. Tapi berdepan
dengan ZAHARA umpama berdepan penjenayah kejam. Ariana perlu berhati-hati dalam
setiap langkah. 3 anak Zahara seolah-olah mewarisi sikap ibunya. Ariana tekad,
semuanya perlu dimusnahkan termasuk ayahnya sendiri. Revenge menjawab
segalanya!
BAB 1
ARIANA sibuk membuat kerja sekolah sementara ibunya
pula sibuk memasak di dapur menunggu ayahnya pulang daripada out station selama
seminggu.
"Mama, papa pulang hari ni
ya?" tanya Ariana menganggu ibunya yang sedang memasak.
"Ya Ariana. Papa balik hari
ni. Ni yang mama masak ayam gulai kegemaran ayah kamu ni. Bersiaplah mandi,
nanti ayah datang kita makan sama."
Ariana yang berumur 7 tahun
ketika itu lantas berlari naik ke biliknya untuk bersiap. Ariana pasti ada
hadiah istimewa daripada ayahnya seperti selalu.
"Assalamualaikum..."
Khadijah terdengar suara
suaminya. Segera dia berjalan ke pintu utama mahu menyambut kepulangan
suaminya. Dipulasnya tombol dan dia melihat suaminya beserta seorang wanita
bersama tiga orang kanak-kanak, dua lelaki, seorang perempuan di belakangnya.
"Waalaikumsalam.
Abang."
Zakaria, suami Khadijah terus
masuk membawa wanita itu ke dalam.
"Abang, siapa ni?"
Tanya Khadijah aneh. Sambil memandang atas bawah wanita di hadapannya.
"Khadijah. Ini madu kamu,
isteri kedua abang," selamba saja Zakaria menjawab.
"Bila abang kahwin?"
"Selepas setahun kita
kahwin. Kau dapatkan anak lambat, lepas 5 tahun kahwin baru ada seekor. Tengok
Zahara. Anak tiga orang semua dah besar."
"Apa semua ni bang?!"
Khadijah membentak tiba-tiba.
Ariana yang baru turun terdengar
suara tinggi ibunya, segera dia turun mendapatkan ibunya. Tangan ibunya
dipegang.
"Saya ketua dekat rumah ini,
saya ada hak buat sesuka hati saya. Jangan kau persoalkan apa yang aku buat!
Aku berkuasa dalam rumah ni." Zakaria membalas.
Khadijah sudah hilang sabar.
"Abang memang keterlaluan! Arwah ayah saya berikan semua untuk abang. Saya
takkan biarkan semua ni terjadi. Tak akan!" Amuk Khadijah.
Khadijah pantas menarik tangan
Sahara dan anaknya mahu membawa mereka keluar.
"Keluar! Ini rumah saya!
Keluar!" Bentak Khadijah kuat.
"Jangan kurang hajar! Ini
rumah Zahara sekarang. Kalau tak suka kamu boleh keluar!"
Pap!
Khadijah ditarik dan ditampar
sehingga terjatuh.
"Mama... mama...
mama...." Ariana segera memeluk ibunya sambil menangis.
"Sedar diri sikit Khadijah!
Aku kahwini kamu pun sebab terpaksa. Jika tak, aku takkan dapat suami ni."
Khadijah bangun. Segera menerpa
suaminya dan memukulnya.
"Kurang hajar!"
Sekali lagi Zakaria cuba memukul
Khadijah.
"Abang! Sudah...
sudah!" Zahara segera menghalang, memegang tangan Khadijah.
"Dasar tak sedar diri! Aku
pergunakan, nak juga percaya. Hei Khadijah, aku ni tak pernah cintakan kau
tahu!" Zakaria membuat penerangan.
Khadijah terpana. Ariana walaupun
masih kecil memandang ayahnya tajam.
"Kalau mahu hidup senang.
Hormati Zahara!" tegas Zakaria memberi amaran.
"Sudah bang. Sudah. Biar
saja saya." Zahara bersuara lembut dan mengangguk memandang suaminya.
Segera dia bawa Khadijah lembut
dan kemudian berbisik.
"Kakak jangan melampau. Saya
boleh bunuh kakak dan suami kakak sekarang juga. Nanti saya akan dapat semua
harta dan fikirkanlah anak kecil kakak masa tu..." Zahara memberi amaran
mencengkam tangan Khadijah.
Khadijah segera melepas
tangannya. Dia pandang Zahara tajam.
"Aku takkan biarkan!"
balas Khadijah.
"Comel anak kakak..."
Zahara cuba menyentuh Ariana, segera Ariana ke belakang ibunya. Benci memandang
wanita perampas di hadapannya.
Zahara senyum dan memandang
Khadijah.
"Nasihat saya baik kakak
keluar saja dari rumah ni. Saya tak suka hak saya diambil orang lain. Saya bagi
peluang setengah jam kak... Pergilah, saya takkan ganggu kakak lagi. Asalkan
Zakaria dan rumah ni milik saya." Zahara mengugut lagi.
Khadijah diam. Dia usap kepala
anaknya berkali-kali.
"Kamu ambillah Zakaria.
Ambil saja lelaki tak guna tu!" bentak Khadijah.
"Bagus kak. Macam tulah,
senang kerja saya." Zahara tersenyum.
Dan, Khadijah terus membawa
Ariana keluar. Ariana yang ditarik tangannya memandang Zahara yang tersenyum
puas, kali ini tiada air mata di pipi Ariana. Hanya yang ada dendam. Sambil
pandang Zahara, Ariana tekad, bibirnya digigit keras!
'Suatu hari nanti aku akan datang
kembali...'
Untuk sambungan boleh baca di WATTPAD ---> https://www.wattpad.com/myworks/46717591-revenge