~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Sunday 26 August 2012

Mini Novella Online : AKU SUKA DIA (BAB 2)



BAB 2
“Orang tanya tu jawablah.” Mak aku menguis lengan aku.
“Hah?! A.. abang sihat..!” Aku terkejut tiba-tiba.
Nasib baiklah aku tak melatah macam Mak Senah jiran sebelah rumah. Kalau tak memang nampak aku tengah tak tentu arah time tu. Ish-ish mak ni.. Nampak sangat nak provokasi aku. Cam tau-tau je aku ngah gelabah gila.
“Aih, tanya abang Lan saja?” Bob menyampuk.
Amboi Bob cepat kau masuk line. Don’t cross my line okey! Walaupun sama-sama single mingle!
“Abang Bob dan abang Joe sihat ke?” tanya Najwa sekaligus memandang Joe dan Bob.
“Sihat...,” mereka menjawab serentak.
“Tak perlulah abang-abang sangat, nampak macam dah tua pula...” Joe berkata sambil melempar senyumannya yang paling manis. Joe pula masuk jarum, aku tahulah kau lebih hensem dari aku Joe, bagilah peluang dekat aku ni ha dulu, kau tu berlambak perempuan nak.
“Bila lagi nak kahwin ni Najwa? Dah jumpa orang sana ke?” tanya mak aku, soalan.. ke main lagi. Merisik untuk aku ke tu? Perasan!
“Tak adalah cikgu.” Najwa malu-malu, tadi panggil makcik, sekarang dah panggil cikgu, baru teringatlah tu. Ke, gelabah juga macam aku?
“Kamu pun masih muda lagi, tak apalah. Abang Lan kau ni ha yang cikgu risaukan, satu habuk khabar nak kahwin pun tak ada lagi. Nampaknya sampai cikgu pencenlah tak dapat timang anak si Lan ni...”
Amboi mak, mengeluh nampak. Nak cucu bagailah. Jatuh standard aku, macam menampakkan aku ni sangat-sangatlah tak laku walaupun dibagi free kat pasar borong.
“Mak ni.. ke situ pulak..” Aku menyampuk.
“Assalamualaikum,” tu dia suara Presiden a.k.a ayah aku Encik Jamaluddin Said merangkap Ketua JKKKK Kampung aku, aku sebut K banyak sebab aku tak reti nak explain apa semua K tu. Kang aku sebut satu-satu berbelit lidah ni.
“Waalaikumsalam..” kami semua menjawab.
“Semua ada dekat sini. Eh, siapa ni?” tanya ayah aku kepada mak memandang Najwa.
“Ini Najwa anak Hussin kambing, cucu Pak Deris Tok Sidang tu...” tu dia mak.. sekali-kali dengan nama gelaran dia sebut, memang betul-betul mengenali.
“Owh, anak Husin kambing. Dah kurus Najwa sekarang, dulu masa kecik kemain dengan lolipop. Eh kau ni Siah, kan Husin tu dah jadi tak jaga kambing, tak elok cakap macam tu.” Ayah aku mengingatkan mak aku, sempat juga teringatkan Najwa masa kecik dulu, ingat lagi ayah.
“Ala bang, sudah terbiasa mulut ni ha.”
Ayah aku mengambil tempat duduk di sebelah aku, dia memandang Bob dan Joe.
“Yang kamu berdua ni baru tahun ni pakcik nampak, selalu tak balik kampung...”
Sempat pula ayah aku menegur Bob dan Joe. Aku tumpang senyum saja, aku faham tugasan Joe dan Bob yang menuntut mereka bekerja lebih dari biasanya. Biasalah kan, orang-orang bujang yang belum kahwin, selalu jadi mangsa tak boleh bercuti atau balik kampung masa raya. 

“Baru dapat cuti pakcik...” Bob menjawab. Joe senyum-senyum, mungkin mahu memberikan alasan sama barangkali.
“Asalkan tak lupa kampung sudahlah...” Ayah aku sempat pula bersyarah, manakan tidak kalau dulu masa kecik-kecik Bob dan Joe makan dan tidur ke semua dekat rumah aku, kira dah macam adik beradik lain mak, lain bapak dah. Kiranya nasihat yang ayah aku berikan tu untuk ayah kepada anaknya.
“Ha, Najwa ni dah habis belajar dekat sana tu? Ambil TESL kan?” tanya mak aku kepada Najwa, kami semua memandang Najwa.
“Lagi satu tahun habislah.”
“Baguslah, nanti boleh berkhidmat dekat sekolah menengah dekat kampung ni mengajar Bahasa Inggeris.”
“Insya ALLAH cikgu.” Najwa senyum.
Nampak sangat mak aku meletak harapan tinggi agar ada anak-anak kampung yang sudi mewarisi tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah menengah kampungku. Sebenarnya, mak aku sungguh-sungguh mahukan aku masuk maktab lepas aku habis belajar dulu tapi aku ni saja yang liat sikit. Minat tu ke arah lain, ke arah perniagaan sikit.
“Lupa pula, tadi cikgu nak masuk dapur tukar bekas kamu ni ha. Asyik berborak pula..”
“Saya ikut sekalilah cikgu...”
Kemudiannya mak dan Najwa masuk ke dalam dapur. Ayah pula sudah masuk ke dalam bilik untuk berehat.
“Eh, dah gol lah. Apasal tak perasan ni?” Aku bertanya tiba-tiba, iyalah, takde siapa yang sorak sarai tadi time Chelsea dapat gol.
“Mana nak tak perasan, mata kau tu pandang Najwa saja. Kau ingat aku tak nampak? Amboi Lan... dulu ke main kau ya, kaulah raja tukang kacau si Najwa tu.” Bob mengusik, mengherot mulut.
“Ish kau ni Bob, coverlah sikit. Cakap siang pandang-pandang.” Aku pula naik malu kalau Najwa terdengar.
“Ek eleh kau Bob, kau pun samalah..” Joe menyampuk.
“Cantik kan Najwa tu? Agak-agak single lagi ke?” Aku pula seakan berminat.
“Dah-dah, entah-entah dia dah jumpa Mat Saleh dekat sana, lagi hensem dari kita-kita ni.” Joe nampak-nampak pasrah.
“Kau ni Joe, perempuan macam Najwa tu satu dalam sejuta tau. Kalau dia jenis yang ada teman lelaki, dia taklah malu-malu macam tu.” Aku menyampuk, amboi-amboi macam pakar hati wanita pula. Wahai Shazlan baik kau sedar diri, kalau kau pakar sangat, kenapa kau tak kahwin-kahwin?
Beberapa minit kemudian...
“Ha Najwa, raya nanti datanglah rumah. Kirim salam dekat mak ayah ya.” Mak aku dan Najwa keluar dari dapur dan menuju ke tempat kami.
“Insya ALLAH cikgu. Abang semua, Najwa balik dulu ya..” Najwa memandang kami.
Apalagi, kami bertiga melopong melihat Najwa menuju ke pintu. Macam dengar ada satu gol lagi masuk, tapi kami buat tak peduli.
“Hei! Kamu bertiga ni buat apa pandang anak dara orang? Tak baik tau!” mak aku marah tiba-tiba.
Kami langsung saja berlagak biasa.
“Eh, gol! Golll!!!” Aku, Joe dan Bob bereaksi lebih, tak tahu hujung pangkal.. sengaja coverline dari mak aku.
Setengah jam kemudian selepas kami menonton perlawanan bola sepak pasukan favourite kami Chelsea menentang Manchester yang sangat memuaskan hati serta menghabiskan kuih sapit mak aku yang baru dia buat. Joe dan Bob meminta diri.
“Lan, kami balik dulu tau, dah nak malam ni, rumah pun kami tak jejak lagi. Kang risau pula mak ayah kami tu.” Joe meminta diri.
“Kami balik dulu tau, esok aku lepak lagi sini. Bye.” Bob juga meminta diri.
“Cikgu, kami balik dulu..” Joe memekik meminta izin pulang kerana tahu mak aku sibuk dekat dapur.
“Kejap, kejap.” Mak aku menegah.
Hai mak, takkan nak suruh Bob dan Joe tidur dekat rumah pulak. Bilik aku dahlah bersepah, tak naknya mangkuk dua ekor tu tidur dekat ruang tamu. Mesti nak sempit-sempit tidur sekatil dengan aku juga tu macam dulu-dulu. Joe dan Bob menunggu di kerusi luar.
“Nah, ini ada kuih sikit. Kirim salam mak ayah kamu.” Mak aku memberikan tin biskut khong guan yang berisi kuih, aku agak satu tin kuih bahulu dan satu lagi tin kuih sapit. Amboi, sorang dapat dua tin, kalau dekat bandar KL nuuu.. tu satu tin besar macam tu boleh cecah RM 70 ke atas tu. Almaklumlah, kuih-kuih tradisional macam tu agak mahal sikit dari kuih-kuih tunjuk tu.
“Terima kasih cikgu, kami balik dulu, Assalamualaikum.” Joe dan Bob meminta diri.
“Waalaikumsalam.” Aku dan mak aku menjawab.
Joe dan Bob menyalam tangan ibuku macam menyalam tangan mak mereka sendiri, seperti yang dimaklumkan, kami ni adalah 3 adik beradik lain mak, lain ayah.
Selepas melihat Joe dan Bob berlalu pergi dari situ, aku dan mak naik ke atas. Aku sebenarnya nak usha Najwa kat mak aku, iyalah kalau terlambat nanti melepas. Sajalah aku tolong mak di dapur.
“Mak tengah buat apa tu mak? Ada yang Along dapat bantu?” tanyaku tetiba rajin.
“Ha, kau dah telefon Sueib dan Azie? Bila mereka nak balik? Raya dah nak dekat ni,” itu pertanyaan mak aku yang pertama, aku agak mak aku tentu merindui anak-anaknya itu. Iyalah, mesti meriah rumah dengan suara anak-anak buah aku tu. Baru ada feel raya tu. Aku faham, aku faham.
“Sudah mak, Sueib balik lusa, Azie balik rumah mentua dia dulu,” jawapan skema aku untuk menyenangkan hati mak. Biarlah hati mak tu tenang-tenang saja, ish korang macam tak biasa, kalau nak minta sesuatu tu kan mesti nak baik-baik dengan mak kan?
“Ha, tadi kata nak tolong kan? Kau ambil tepung ni tolong ayak.” Mak aku menunjukkan tepung di sebelahnya. Fuh! Adalah dalam 10 ke 15 kilo macam tu, macam tugas berat je, mesti mak nak buat kuih lagi ni. Kerana Najwa setakat ayak tepung ni sebelah mata saja aku buat.
Segera aku buka tepung tu dan ayak satu persatu. Dua tiga minit kemudian sambil memerhati mak aku masih membuat kuih bahulu, aku carik perfect timing nak bertanya.
Fuh! Nak tanya ke tak ni, kalau tak melepas, kalau bertanya nanti mesti mak gosipkan pula. Ah! Sebagai lelaki yang dah dalam kategori bujang ter.. lajak yang malas aku sebut tu. Aku mesti tanya!
Aku kuatkan hati, “Mak, Najwa tu baik kan mak?” tu dia... perkataan pertama atau mukadimah a.k.a pembuka kata aku.
Mak aku senyum-senyum, macam malas nak menjawab je orang tua tu. Setakat retorik aku, mak aku yang cikgu sastera dan bahasa dekat sekolah menengah tu dah tahu apa aku nak cakap.
“Along suka dia ya? Mak boleh tolong tanyakan. Nak?” Mak aku menjawab sambil memandang aku.
Fuh! Tak sangka respon yang sangat cepat. Sayang mak sangat-sangat!
“Boleh ke mak? Najwa tu tak terlalu muda ke?” Aku pula ragu-ragu.
“Along ingat mak tak tahu along yang menangiskan si Najwa time kecik-kecik dulu? Mak saja malas nak sebut..”
Fuh! Tu dia, kantoi, kantoi!!! Rupa-rupanya mak aku memang tahu aku, Joe dan Bob suka menyakat Najwa sampai menangis. Ni mesti ada yang pecah tembelang ni, aku agak-agak mesti Bob. Pantang mak aku sogok dengan ayam goreng masa kecik-kecik dulu, semua rahsia kami pecah di tangannya. Nanti kau Bob! Aku seligi-seligi kau!
“Tak adalah mak, itu dulu... saja mengacau dia, manalah Lan tahu bila besar...”
“Dah cantik?” sambung mak aku.
“Mak ni.. Lan tak pandailah nak bermadah-madah ni mak..” Aku berterus-terang.
“Along suka dekat si Najwa tu atau tidak?” Mak aku bertanya soalan cepu emas pula.
Tetiba aku jadi anak dara pula, langsung tak menjawab. Cuma senyum saja. Ish-ish Shazlan! 2 kali dah kau menjatuhkan standard sebagai lelaki pilihan, kau ni kalau masuk imam muda, sah-sah belum buka mulut dah kena kick out. Kan ke nak berkahwin tu ertinya akan mengimamkan isteri dan anak-anak, haruslah berani, tunjuk lelaki tu sikit, bukan tunjuk yang lain... tunjuk keyakinan dan kekentalan tu sikit. Meskipun hati kau tu macam tisu yang dah basah bila tengok drama-drama melankolik korea tu kalau part-part yang ini kau kena kuat.
“Ah.. err.. ya mak,” jawabku perlahan, tepung yang aku ayak dah tentu arah jadinya.
“Kan bagus kalau cakap awal-awal tadi. Mak faham. Najwa tu pun budak baik, walaupun belajar dekat oversea sana, tapi akhlak dan peribadi dia masih lagi kekal, malah bertudung pula. Sebenarnya mak dah awal-awal tanyakan dekat mak dia tempoh hari.”
Apa?! Mak aku sebenarnya dah tolong carikan pasangan untuk aku. Ish-ish mak ni, ni zaman modenlah mak. Mahu saja aku berteriak malu.
“Mak ni, malunya Lan... perlu ke sampai macam tu sekali mak?” tanyaku, entah dekat mana aku nak letak muka, patutlah Najwa pandang aku semacam, asyik-asyik tanya aku.
“Nak ke tak nak ni? Along ingat mak tak tahu jawapan along bila mak sebut pasal kahwin? Along tak malu ke dengan adik-adik, anak dorang dah banyak, yang Along ni kahwin pun belum, mak pun risaulah juga kalau Along tu membujang sampai ke tua..”
“Ish mak ni, macam mendoakan pulak... kata-kata tu doa mak. Eh, kalau mak dah tanya, apa kata mak Najwa mak? Boleh ke?” tanyaku ingin tahu.
Mak langsung tak jawab. Diam. Sepi.
“Mak?” tanyaku lagi.
Lagilah langsung mak takde respon, yang aku dengar bunyi cengkerik belakang rumah aku saja, sengaja mak aku berteka teki. Mak langsung tak pandang aku. Aih mak, langsung tak nak kompromi, fine, fine, biarlah aku membujang sampai tua...Fine! Pasrah ni, pasrah..

Bersambung....

 NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia


Untuk Baca BAB 1 ~KLIK SINI~


Ini lagu tema e-novel AKU SUKA KAMU
berjudul
Aku Suka Kamu nyanyian Ainan Tasneem





1 comment:

Mr Hijack said...

hahaha... lawak lah si Shazlan tuh... agak2... kau pun macam ni gak ke Syah? O.o