~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Thursday 12 January 2012

~Sedutan Manuskrip 'ASRAMA' (Bahagian 1)~


SEORANG wanita sedang memandu sebuah kereta proton iswara menuju ke sebuah tempat. Wajahnya kelihatan amat tenang dan sedikit ceria. Kerjanya sudah beres. Malam itu dia mahu bertemu Jefri di sebuah restoran berdekatan Sembulan. Semasa memandu, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering, wanita itu kemudian mengambil telefon bimbit tersebut dan menjawabnya.
“Ya, aku dah ada dekat sini, lama betul kau mahu sampai. Bah, cepat sikit, jangan sampai kucing bertanduk baru kau mahu datang...” wanita itu menjawab panggilan.
Usai meletak telefon, wanita itu senyum sambil memandang ke kiri dan ke kanan.
Tiba-tiba..
Leher wanita iu dirangkul kuat dari belakang, dia tersedak. Nasib baiklah kereta yang dipandunya masih dalam kawalan.
“Siapa kau? Lepas! Lepaskan aku!” Wanita itu meronta ronta. Beberapa minit kemudian orang itu bersuara.“Kau mudah lupa Jes..” lelaki itu bersuara.
“Jo.. Jo.. Johan, bukan ke kau dah..” Jes terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Johan.
“Dah mati?” sambung Johan.
“Aku dapat lepaskan diri aku Jes, sebab aku mahu cari kau! Kau yang menyebabkan aku masuk penjara!” suara Johan kian meninggi.
“Kau memang bersalah Johan! Kau memang seorang pengedar dadah dan kau layak dapat hukuman itu!”
“Ah! Kalaupun aku pengedar dadah kenapa kau mahu sibuk! Sudah berhenti di depan tu! Jangan kau cuba berbuat apa-apa!” tangan Johan kian kuat merangkul leher Jess.
Usai memberhentikan kereta, Johan menolak Jess keluar dari kereta, kemudian menarik Jess bangun. 

“Lepas! Lepaskan aku Johan! Aku janji, aku akan tarik dakwaan tu semua..” rayu Jess sambil Johan menarik Jess kasar ke satu tempat.
“Perempuan macam kau aku nak percaya. No way!” jawab Johan tekad.
Jess dibawa ke sebuah bangunan yang belum siap. Hujan turun mencurah-curah, kemudian Johan membawa masuk Jess ke bangunan tersebut.
“Tolong Johan, lepaskan aku, tolong Johan..” rayu Jes berkali-kali.
Johan mengeluarkan pisau dari belakang seluarnya dan mendekatkan pisau tersebut di leher Jess. Jess terdiam, matanya terbeliak besar. Benarlah kata orang, bila ajal semakin mendekat, semua perkara jahat yang dilakukan akan datang sepintas lalu... mengingatkan betapa jahatnya kita bergelar manusia.
Johan menarik pantas pisau itu dileher Jess, darah membuak-buak keluar. Tiada kata-kata keluar dari mulut Jess, mungkin urat karotiknya putus habis semasa Johan mengelar lehernya. Johan kemudian melepaskan Jess, Jess jatuh terkulai.
Johan memandang dengan senyuman. Wanita yang menyebabkan dia masuk penjara dan bakal dihukum mati menerima hukuman sepatutnya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Johan kemudian menyeret mayat Jess ke satu tempat, dia melihat semen yang masih belum kering, diambilnya cangkul dan digalinya semen tersebut, bila merasakan ia cukup dalam. Johan memasukkan mayat Jess ke dalamnya, kemudian dia membancuh semen dan meratakannya.
“Baru puas hati aku!”
Usai semuanya, Johan terus berlalu dari situ dengan hati yang puas! Hukuman mati, pancung, hudud atau sebagainya selepas itu akan diterimanya dengan rela hati. Setimpal dengan apa yang dilakukannya. Johan memandang papan tanda projek dan membacanya perlahan.
“Pembinaan Asrama Puteri SMK Bakti Kota Kinabalu”
   
P/s ~ Jom Tonton Trailer Cerita Thailand ni. Agak-agak best tak? Ngah download. Filem 'APARTMENT' cerita thriller seram.

1 comment:

Syah Kinabalu said...
This comment has been removed by a blog administrator.