~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Thursday, 7 February 2013

Mini Novella ~Aku Suka Dia ~ (BAB 7)



                                                            BAB 7
SAMPAI saja rumah, aku rasa lega sangat. Lenguh-lenguh jugalah memandu dari kampung aku tu. Entah bila lagilah nak balik Johor, singgah legoland pun tak sempat hari tu. Banyak hal punya pasal. Buka aje bilik terus terjun landing katil, nasib baiklah tak roboh. Kalau roboh, memang tidur pakai tilam ajelah gamaknya. Tadi gerak sekali ngan Bob dan Joe. Kalaulah tahu tahun ni semua balik kampung, guna satu kereta aje. Tapi tu ah, kalau tinggal kereta kat bandar macam tak syok pula. Rasa rindu-rinduan nanti, lagi satu sekarang ni ramai sangat yang suka songlap kereta orang. Jadi, lebih baik bawa balik kampung. (cover nak duk eksen bawa keta kat kampung lah tu)



Pasal cadangan Bob nak satu rumah tu, aku rasa aku okey je. Lagi menyenangkan aku setuju saja. Jangan Bob buat pasal sudahlah. Tapi aku caya si Bob tu okey je, dia satu kepala dengan aku, boleh bertolak ansur. Luar dalam dia aku tahu.. termasuklah apa jenis underwear yang dia pakai, ops! Bukan apa, hari tu sempat duk temankan dia beli, entah angin mana pula dia tanya saiz berapa kalau dia punya, buat malu aje, dahlah ada orang sebelah menyebelah, entah apa fikiran dorang.. dua lelaki kacak duk pilih2 benda alah sambil sembang-sembang pasal saiz dan jenama padahal beli kat TESCO je kot. Aish! Boleh masuk paper HM tu.. silap-silap laris suratkhabar tu. Aku pun beli benda alah tu beli main taram je. Saiz ke benda, ada specifik ke, entah.. masing-masing mau ingatlah kan. Eh! Dah, bungkus dan padam perkataan itu. Censored tul untuk yang bawah 18 tahun. Faham-faham ajelah isu sekarang ni.. gulp! Kikiki..
Kring! Kring!
“Siapalah yang call ni? Takkan mak pula.” Aku sendiri mengomel dan segera berlari keluar dari bilik.
“Helo?”
“Helo Lan, aku ni Bob. Rumah aku takde airlah, aku tumpang rumah kau boleh?” tanya Bob.
“Itupun nak tanya ke. Kau kat mana ni?” tanyaku.
“Kat depan pintu rumah kau ni ha.”
“Ada jugak aku sekeh pala kau. Tekan ajelah loceng tu, aku taulah loceng aku tu murah. Jap aku bukak pintu.”
Aku letakkan gagang telefon dan terus buka pintu. Nampaklah aku Bob dengan muka-muka konon berlagak suci dan skema rama tu senyum-senyum pandang aku. Ish! Adakah patut senyum macam tu kat aku, dah naik seram bulu roma aku ni ha.
“Masuklah wahai incik Bob..” Aku bukakan gate.
“Terima kasih tuan tanah yang hensem, kacak dan baik hati serta segala-gala yang baik lagi..” puji Bob, ayatnya tak menahan.. perggh!! Ni mesti ada benda ni.. ni mesti ada ni..
“Wah, cantik sofa kau. Baru beli ke? Seingat aku hari tu takde sofa pun.” Bob duduk-duduk di sofa aku dan pandang kiri kanan.
“Ala, aku beli second hand je. Daripada duduk lantai bolehlah ni..”
“Boleh tahanlah ni. Aku tinggal sini ajelah. Kalau kat rumah aku, kerusi kayu aje.”
“Hmm.. macamlah aku baru kenal kau sebulan dua Bob. Dasar kedekut..” sindir aku.
“Save bajet.. bukan ada orang nak datang rumah aku pun. Paling-paling kau dan Joe. Tak muka Joe, mesti muka kau.”
“Ni, bila kau nak pindah masuk sini ni?” tanyaku terus terang.
“Anytime, barang aku bukan banyak pun.”
“Jadi, settle kau nak pindah sini? Tak menyesal?” tanyaku buat kali terakhir.
Aku ni paling pantang sebenarnya nak cakap balik-balik ni. Sekali cukup dan faham. Kalau yang tak faham-faham tu lantaklah.
“Jadi, aku nanti duduk bilik mana?” tanya Bob dan berdiri melihat bilik, segera dia menuju ke bilik aku dan tak semena-mena boleh pula dia duk melompat kat katil aku.
“Wei! Runtuh kang awas kau Bob, ada jugak nak kena seligi budak ni.”
“Ala... kita tidur satu katil ajelah. Kat kampung kita selalu tidur sama kan.”
“Nak kena seligi atau nak kena tukul besi? Kat kampung tu ada Joe bertiga, kalau aku tidur berdua dengan kau.. tak ke pelik tu.. sorrylah. Dah, bangkit, bangkit, bilik kau kat sebelah tu. Jangan nak memandai-mandai. Kau tu bukan budak kecik lagi.. dah berbulu pun..” kan.. aku dah kata.. kalau aku ni membebel, semua perkataan yang pelik-pelik akan keluar.
“Iyalah, iyalah...” Bob pasrah dan bangun, kemudian ke bilik sebelah.
“Besar kan?” tanyaku.
“Bolehlah. Nanti aku bawa katil aku bagi cantik sikit...” jawab Bob.
“Okey, settle.”
Kemudiannya kami ke ruang tamu duduk kat sofa. Aku sempat bawa air-air soda aje ngan hidang kuih raya sikit, itupun yang Bob penah baham kat umah aku kat kampung. Nak juga aku kena stok-stok sikit, kalau si Bob ni makan tak hingat dunia. Penah, kacang bersalut tepung aku dia makan. Sambil-sambil makan, kami melanguk tengok siaran selepas hari raya.. alih-alih tengok Naruto kartun kegemaran kami berdua...
**************
“Selamat Pagi Encik Johari.” Fatin menyapa Joe pagi itu di pejabatnya.
“Selamat Pagi Fatin, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ya,” balas Joe.
“Encik Joe, pelajar praktikal yang nak datang praktikal tu dah ada kat luar. Boleh saya panggil dia masuk?” tanya Fatin, salah seorang pekerja di Firma Guaman itu.
“Okey.”
Fatin melangkah keluar sementara Joe sibuk memeriksa emel-emel di komputer ribanya. Seminggu cuti sudah cukup membuatkan kerjanya melambak-lambak.
“Selamat Pagi encik,” sapa seseorang.
“Selamat Pagi, duduk dulu,” balas Joe yang belum memandang pelajar praktikal tersebut.
2 minit kemudian..
“Okey, maaf, saya tengah semak emel.” Joe bercakap sambil pandang seorang wanita di depannya.
Tiba-tiba Joe tercengang kejap.
“Hai abang Joe..” sapa wanita itu.
“Awak Liza kan? Pelajar junior saya kat universiti dulu. Saya tahun akhir, awak baru masuk semester satu..” tanya Joe ingat-ingat lupa.
“Nasib baik abang Joe ingat. Abang apa khabar? Dah kahwin? Dah ada berapa orang anak?” tanya Liza bertalu-talu..
Joe diam kejap.
“Maaf, single lagi..”
“Opps.. sorry bang, err.. Encik Johari.” Liza tersasul-sasul.
“Tak apa, saya faham. Saya dah biasa dengan pertanyaan tu. Okey, pasal praktikal awak tu. Saya akan letak awak satu department dengan Fatin. Nanti apa-apa hal awak boleh tanya dia.”
“Okey Encik Johari, saya keluar dulu ya. Nice to meet you.”
“Sama-sama. Have a nice day,” balas Joe.
Liza keluar dari ruangan pejabat Joe. Sekejap Joe teringat-ingat hal masa universitinya. Iyalah, dia paling ingat si Liza ni, sebab Liza pernah minta tanda tangan dia untuk penuhkan buku tandatangan orientasi. Mak aii.. bila Joe teringat, agak kejam jugak dia. Adakah patut dia bagi syarat belanja dia kat kafetaria 3 hari barulah dia bagi sign. Ada juga rasa menyesal Joe, iyalah.. dia tak fikir pun masa tu si Liza tu tengah susah ke, ada masalah kewangan ke. Tapi, sekali tu ajelah dia jumpa si Liza sebab lepas tu Joe sibuk dengan tugas-tugas akhir.
“Encik Johari, Encik Johari.. Encik Johari!”
“Ya, ya saya. Ya.. Fatin, ada apa ya?” Joe terkejut melihat Fatin di depannya.
“Encik Johari. Ini fail kes terbaru yang kita kena handle. Amboii.. termenungkan budak baru masuk praktikal tu ke?” sindir Fatin.
“Erm.. tak adalah,” bidas Joe.
“Encik Johari, kita ni peguam, cepat peka dengan perubahan sekeliling..”
Amboi Fatin, psiko gitu. Telah Joe dalam hati.
“Tak adalah. Saya kenal budak tu, junior kat universiti kita dulu.” Joe memberitahu.
“Saya tak kenal sangat. Iyalah, dulu tak duduk hostel macam korang.”
“Iyalah, kau tu anak orang berada, bolehlah duduk luar.”
“Tak adalah, aku memang malas nak duduk dalam tu, bikin stress aku je. Okeylah, ni fail kes, check dulu tau..”
Bila Joe dan Fatin berbicara sesama mereka, maka bahasa formal jadi aku kau sahaja. Iyalah, dulu satu kelas. Kebetulan tempat kerja pun sama. Dia pun sama macam Joe, still bujang trang tang lagi. Mungkin tugas mereka ni kot yang buat orang tak berani dekat, tapi sejujurnya, mereka ini baik-baik saja.
Kring! Kring!
“Helo.”
“Helo Lan, ada apa call ni?” tanya Joe.
“Takde apa-apa, saja nak inform kau. Bob dah pindah masuk rumah aku. Malam nanti jomlah lepak rumah aku. Ada bola malam ni.. meriah sikit ada kau.”
“Okey. Aku mesti ada punya.”
“Okey, babai, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Joe letakkan gagang telefon dengan senyuman. Tengok jam awal lagi, Joe menarik nafas. Iyalah, kerja kena selesai satu-satu. Ada pula kes baru masuk. Kalaulah semua orang di dunia ni baik-baik, kan senang kerja Joe. Ni, kes bapa saman anak, anak saman mak pun ada, alahai.. akhir zaman tul. Kes boleh settle luar mahkamah pun mahu juga naik court.
Sejam kemudian...
Tok! Tok!
“Masuk,” arah Joe.
Joe pandang siapa yang bakal masuk.
Liza!
Beserta gelas minuman pula tu. Macam tahu-tahu saja tekak haus.
“Maaf Encik Johari, ini air nescafe. Kebetulan tadi saya ke pantry, kak Fatin suh hantar.”
“Okey, thanks ya..”
“Saya keluar sambung buat keja dulu.”
“Okey.” Joe memberi senyuman.
Malu wei!
Joe amik gelas minuman yang Liza letak di depannya. Joe amik pelan-pelan. Baunya cukup menarik hati, terus aje Joe minum seteguk.
“Sedap juga,” sambil Joe pandang-pandang ke arah pintu.
*****************
PETANG itu tepat jam 5.30 Joe keluar dari pejabatnya. Gara-gara lambat dapatkan parking, Joe parkingkan keretanya di seberang jalan. Segera Joe berjalan menuju ke keretanya.
Liza pandang Joe yang berjalan.
‘Hensem juga abang Joe ni, dahlah single lagi..’ gumam Liza seorang diri sambil bergerak menuju ke perhentian bas.
Tiba-tiba....
Sebuah kereta bergerak laju,  Joe seakan-akan tak nampak pula kereta itu menuju ke arahnya. Segera Liza berlari pantas!
“Abang Joe!”
Mereka berdua terjatuh ke bahu jalan.
“Liza, Liza.. awak tak apa-apa? Bahaya tau tak!” marah Joe pula.
“Tak.. saya okey je.. tadi kereta tu laju, saya takut dia langgar abang,” Liza menjawab sambil menahan sakit, dia rasa kaki kirinya seakan berdenyut tapi masih dapat digerakkan.
Joe berdiri, ramai orang memerhatikan mereka. Joe menarik Liza, mulanya Liza enggan tapi oleh kerana beberapa kali Liza jatuh, dia terpaksa juga.
“Awak sure tak apa-apa?” tanya Joe.
“Tak, saya okey.” Liza lepaskan tangan Joe cepat-cepat.
“Maaf. Saya cuma berniat nak bantu.”
“Okeylah, saya ke perhentian bas dulu, jap lagi bas lalu tertinggal pula saya.” Liza kemudian berjalan terhincut-hincut.
Joe yang memerhatikan Liza rasa kasihan pula, sudahlah dia membantu, tercedera lagi. Itu samalah seperti tak mengenang budi.
“Liza, saya tumpangkan awak.” Joe bersuara.
“Tak apalah Encik Johari, saya ke perhentian bas. Bas dah nak sampai tu. Jumpa esok ya,” jawab Liza seakan tegas.
Joe berjalan ke keretanya, masuk ke dalam kereta, dia lihat Liza masih lagi duduk di perhentian bas. Hatinya tak tenang. Dia agak mesti kaki Liza tu luka ke, terkehel ke apa. Bimbang sangat.
“Ah! Aku dah terhutang budi dengan dia. Aku mesti tolong dia.”
Joe menghidupkan keretanya dan keluar dari kawasan parkir dan menuju ke perhentian bas, nasibnya kurang baik, Liza sudah naik bas yang baru setengah saat sampai.
“Esok ajelah aku jumpa dia, kalau kecederaan dia serius, masa tu juga aku bawa dia pergi klinik,” tekad Joe.
Sambil-sambil itu Joe terfikir-fikir, malunya dia sebagai lelaki kerana diselamatkan oleh seorang wanita. Lain benar pula rasanya, selalu lelaki yang selamatkan wanita. Satu lagi kenapa Liza nekad nak selamatkan dia, kalau difikir-fikir, kebaikan apa yang dia pernah buat pada Liza, 5 tahun lalu teruk dia suruh Liza belanja dia makan itu ini untuk dapat tandatangan dia, lepas 5 tahun, Liza juga yang kena bersusah payah selamatkan dia. Joe pula sejak jumpa Liza dekat office pagi tadi tak henti-henti mengingat masa lalu. Hati Joe seolah berbisik-bisik sesuatu. Apa ini ambil berat atau lebih dalam lagi dikatakan cinta? Erm.. erm.. erm..

bersambung...



NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia